i. Memberi kuliah dan tutoran kepada pelajar-pelajar.
ii. Mengendalikan dan menyelia kerja lapangan (latihan industri) pelajar-pelajar.
iii. Menyelia projek pelajar-pelajar tahun kepujian serta penyelidikan pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah.
iv. Menyelia latihan amali pelajar di makmal-makmal dan bengkel-bengkel.
v. Menjalankan kegiatan penyelidikan dalam bidang tujahan Fakulti/Jabatan dan bidang kepakaran masing-masing juga perundingan.
vi. Menyelia disertasi/tesis pelajar Sarjana dan Ph.D.
vii. Membimbing pelajar-pelajar (mentor-mentee)
viii. Menghadiri dan menyediakan kertas persidangan/seminar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesarjanaan dalam bidang masing-masing.
ix. Menghasil/menerbitkan artikel-artikel dalam jurnal/buku/prosiding dan lain-lain.
x. Memberi khidmat masyarakat kepada warga kampus dan masyarakat dengan pengetahuan dan kepakaran masing-masing.
xi. Menjalankan tugas-tugas pentadbiran Fakulti atau menganggotai Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk pembangunan Fakulti serta menghadiri mesyuarat Fakulti/Jabatan.
xii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Bahagian.